Teringat kembali kisah mencari Raudhah. Subhanallah-walhamdulillah-waalaailahailallahu-Allahu akbar, Allah SWT beri kami kemudahan untuk ke Raudhah karena begitu banyak orang menceritakan tentang peluang untuk dapat masuk ke Raudhah yang tipis. Ada yang mengatakan tidak dapat ke Raudhah langsung, tetapi ada juga yang memberi panduan supaya terus menunggu sehingga pintu ke Raudhah dibuka.
Raudhah adalah ruang diantara mimbar Rasulullah SAW dan Kamar/Makam Rasulullah SAW. Keutamaan Raudhah sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Diantara rumah dan mimbarku adalah taman dari taman-taman surga, dan mimbarku diatas telagaku”. Sehingga banyak orang yang rela berdesak-desakan untuk dapat masuk ke Raudhah terutama bagi wanita.
Raudhah ini terletak di tempat solat lelaki, manakala untuk wanita waktu ziarahnya sedikit terhad, biasanya untuk ke Raudhah waktu-waktu untuk wanita adalah setelah solat shubuh - sekitar pukul 08.00 pagi hingga pukul 11.00 dan setelah solat Zuhur iaitu pukul 13.00 hingga 14.00.
Antara perkara yang tidak diketahui tentang tips untuk menjadi istimewa di Raudhah ialah pakaian serba hitam. Istimewa di sini bermaksud mendapat peluang untuk solat di saf pertama di dalam Raudhah. Saf pertama ini istimewa kerana kedudukannya yang paling hampir dengan makam Rasulullah s.a.w, dan ia istimewa kerana kurang gangguan di segi pergerakan manusia yang pelbagai ragam. Jika di saf yang belakang, kemungkinan kepala dipijak ketika sujud mahupun ditolak ketika ruku'. Di saf pertama lebih tenang dan berfokus. "Berdoa ketika sujud", pesan Hajah Jamilah.
Pernah sekali saya ke Raudhah tanpa panduan sesiapa, sebagai ujian untuk diri sendiri.Mampukah aku berlumba dengan jemaah yang lain? Tekad hanya satu, Ya Allah, berilah peluang hambamu mendapat tempat paling istimewa di Raudhah Ya Allah. Setelah mempersiapkan diri yang berpakaian serba hitam, saya menunggu di salah satu daripada 3 pintu Raudhah. Pintu yang mana dibuka dahulu tidak dapat dipastikan, namun hati sentiasa berdoa, ".Ya Allah, berilah peluang hambamu beribadat di saf pertama Raudhah ini Ya Allah".
No comments:
Post a Comment