Thursday, March 19, 2009

Koir oh Koir

Alhamdulillah....selesai juga akhirnya PTK yang dah jemu diduduki saban tahun. Sebelum sekolah dibuka semula, macam-macam perkara yang datang mengasak-asak memori.

Pertamanya, saya perlu ingatkan pasukan koir tentang persembahan untuk Majlis Pelancaran English Week. Di samping nyanyian rutin di setiap perhimpunan rasmi, pelajar juga perlu menyanyikan lagu Somewhere Over The Rainbow.

Kedua, perlu update file ULBS tingkatan 5A & 5C kerana akan dipantau pada minggu hadapan.

Ketiga, latihan intensif Koir untuk pertandingan Peringkat Daerah yang akan diadakan setiap hari dari jam 3 hingga 5 petang. Harap-harap pelajar saya setia dalam setiap sesi latihan yang diadakan. Begitu juga dengan ibubapa. Semoga mereka dapat memberikan sokongan. Bandar Putra mesti mengekalkan kejuaraan yang telah digenggam selama 4 tahun berturut-turut. Saya akan tetap setia melatih.

Keempat, perlu sediakan bahan untuk menjalankan kajian tindakan. Pemilihan narrative songs yang sesuai dengan pelajar-pelajar yang agak lemah.

Kelima, saya perlu mendapatkan sponsor untuk pakaian rasmi Pasukan Koir.Ini yang penting. Oh Ya! Semalam saya bersama Fikri ke Jakel utk mencari selendang pelajar perempuan. Lunch di McDonald's....n petang saya tergerak untuk mencari tie bagi pelajar lelaki di Hot Market. Mujur ada diskaun 50%. Untuk persembahan sekolah bolehlah pakai. Surat mohon sumbangan telah saya sediakan....perlu berbincang dengan Tuan Pengetua.

Setakat ini....lima sahaja perkara yang perlu disediakan SEBELUM sekolah dibuka. Mudah-mudahan separuh lagi penggal pertama ini akan lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment